Terma & Syarat Affiliate

Sebelum mendaftar sebagai affiliate, sila baca dan fahamkan Terma & Syarat ini. Ia penting bagi melindungi hak anda dan juga demi menjaga nama baik Valuepay.com.my

1. Perjanjian Affiliate

Dengan mendaftar sebagai affiliate, anda bersetuju bahawa anda telah membaca dan memahami terma dan syarat perjanjian ini. Anda juga bersetuju bahawa anda bertanggungjawab untuk mematuhi setiap terma dan syarat dalam perjanjian ini.

2. Tanggungjawab Affiliate

Bagi memulakan proses pendaftaran, anda boleh memohon secara online melalui borang pendaftaran affiliate (link borang pendaftaran). Permohonan anda akan diluluskan secara automatik.

Sebagai affiliate, anda bertanggungjawab untuk:

  • Membuat promosi secara berhemah dah tidak menyalahi undang-undang
  • Tidak melakukan penipuan bagi mendapatkan mata ganjaran (points)
  • Tidak mempromosikan aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang
  • Tidak memutarbelitkan maklumat berkenaan sebarang promosi Valuepay.com.my
  • Tidak hakcipta, cap dagangan, dan harta intelek individu atau organisasi lain

Sebagai affiliate Valuepay.com.my, anda akan mendapat akses ke Antaramuka Akaun Affiliate dan boleh mendapatkan bahan-bahan promosi dalam bentuk kod HTML, capaian teks, dan sebarang affiliate link bagi membantu anda membuat promosi.

Valuepay.com.my berhak mengubah sebarang kreatif, sekiranya perlu, tanpa memaklumkan lebih awal kepada affiliate.

Affiliate bertanggungjawab sepenuhnya untuk mematuhi semua terma dan syarat harta intelek dan undang-undang lain yang berkaitan dengan laman web sendiri.

Kami tidak akan bertanggungjawab jika anda menggunakan bahan hakcipta orang lain atau harta intelek lain yang melanggar undang-undang atau mana-mana hak pihak ketiga.

3. Hak dan Tanggungjawab Valuepay.com.my

Valuepay.com.my berhak untuk menamatkan keahlian dan penyertaan affiliate dalam Program Affiliate Valuepay.com.my serta-merta dan tanpa notis sekiranya anda didapati melakukan penipuan dalam penggunaan Program Affiliate Valuepay.com.my, atau jika anda menyalahgunakan program untuk apa juga tujuan.

Jika penipuan dikesan, kami tidak bertanggungjawab ke atas pembatalan bayaran sebarang komisen yang dikumpul daripada penipuan tersebut.

Terma dan syarat ini bermula apabila kami menerima permohonan Affiliate anda, dan akan terus digunakan melainkan jika keahlian anda ditamatkan.

4. Penamatan

Penamatan boleh dilakukan sama ada dari pihak kami atau pihak anda pada BILA-BILA MASA, dengan memberikan notis bertulis. Notis bertulis boleh diberi dalam bentuk emel, mel atau faks. Di samping itu, keahlian boleh ditamatkan dengan serta merta jika affiliate melanggar terma dan syarat program ini.

5. Pengubahsuaian

Kami berhak mengubah mana-mana terma dan syarat ini pada bila-bila masa mengikut budi bicara. Dalam keadaan sedemikian, anda akan dimaklumkan melalui emel. Pengubahsuaian mungkin termasuk perubahan dalam prosedur pembayaran dan peraturan Program Affiliate Valueay.com.my.

Penyertaan anda selepas pemakluman notis perubahan terma dan syarat atau perjanjian baru dalam Program Affiliate Valuepay.com.my menandakan persetujuan anda kepada perubahan tersebut.

6. Akses Ke Dashboard Akaun Affiliate 

Anda akan mencipta kata laluan supaya dapat mengakses antaramuka akaun affiliate anda. Anda boleh mendapatkan laporan serta pengiraan komisyen yang akan dibayar kepada anda.